Jul 09

Petikan dari melayubuntu.com

Dalam ubuntu/linux terdapat module cpu frequency scaling yang mengawal kelajuan cpu komputer kita. Tujuan utama module ini adalah untuk meminimakan penggunaan cpu dan secara tidak langsung akan mengurangkan tenaga (elektrik) yang diperlukan dan juga haba yang dibebaskan. sebab inilah linux dikatakan lebih bersifat mesra alam berbanding OS yang lain (green operating system). sekiranya kita ingin melihat info mengenai cpu kita, pada terminal kita bolehla menaip:

cat /proc/cpuinfo

arahan ini akan memberi output seperti berikut:

processor     : 0
vendor_id     : AuthenticAMD
cpu family    : 15
model         : 107
model name    : AMD Athlon(tm) 64 X2 Dual Core Processor 4400+
stepping      : 2
cpu MHz       : 1000.000
cache size    : 512 KB
physical id   : 0
siblings      : 2
core id       : 0
cpu cores     : 2
fdiv_bug      : no
hlt_bug       : no
f00f_bug      : no
coma_bug      : no
fpu           : yes
fpu_exception : yes
cpuid level   : 1
wp  : yes
flags         : fpu vme de pse tsc msr pae mce cx8 apic sep
                mtrr pge mca cmov pat pse36 clflush mmx fxsr
                sse sse2 ht syscall nx mmxext fxsr_opt rdtscp
                lm 3dnowext 3dnow pni cx16 lahf_lm cmp_legacy
                svm extapic cr8_legacy 3dnowprefetch ts fid
                vid ttp tm stc 100mhzsteps
bogomips      : 2011.23
clflush size  : 64

jika kita lihat disini, kelajuan AMD Athlon64 X2 4400+ sebenarnya ialah 2.33 Ghz, tapi pada output diatas menunjukkan hanya 1000 MHz (1Ghz). ini kerana sekiranya kita tidak menjalankan software yang memerlukan penggunaan cpu yang tinggi maka kernel linux akan menurunkan kelajuan cpu kita.

untuk melihat frekuensi cpu kita secara mudah adalah dengan menggunakan gnome-applets seperti gambar dibawah. untuk menggunakan applet ini klik kanan pada panel, kemudian klik Add to Panel, pilih applet CPU Scaling Frequency Monitor. Anda juga dapat mengubah frequency ini. sila teruskan pembacaan mengenaiperkara ini.

bagi mereka yang mementingkan kepantasan (performance) daripada tenaga dan haba yang dibebaskan oleh cpu, anda dapat mengubahnya dengan menggunakan beberapa cara. antaranya ialah menggunakan gnome-applets seperti diatas tetapi anda perlu menjalankan applet itu menggunakan root. jadi setelah anda menambah applet itu pada panel, anda perlu menaip arahan berikut untuk:

sudo dpkg-reconfigure gnome-applets

kemudian akan anda akan ditanya seperti berikut:

pilih ok dan yes kepada dua-dua soalan tersebut.

kemudian pada applet di panel anda bolehla klik untuk mengubah kelajuan cpu anda mengikut scaling pada system anda. pada komputer saya scaling yang ada ialah 1 GHz, 1.8GHz, 2GHz, 2.2GHz dan 2.3GHz.

anda juga boleh mengubah kelajuan cpu pada terminal dengan menggunakan arahan

sudo cpufreq-selector -f 1000000

Jul 08

Banyak pertanyaan dari beberapa pengguna Ubuntu tentang bagaimana nak letak ikon ‘Computer’ atau ‘Trash’ pada desktop. Setakat heret seret ke desktop tidak menjadikanya ikon. Apa kata ikuti langkah berikut.

1. Taipkan Alt+F2 . Bila keluar tetingkap taipkan gconf-editor.

Continue reading »

Jul 07

Petikan dari melayubuntu.com.

Tulisan saya terdahulu mengenai perkara ini sudah menjadi public interest yang kurang manis rasanya berlalu tanpa apa-apa perjelasan atau penyelesaian. Terima kasih atas pelbagai cadangan, andaian definisi dan teori yang menjuruskan kepada artikel kedua dari saya, memaklumkan saya telah berjaya menyelesaikan masalah tersebut.

Continue reading »

Jul 07

Acapkali aku ke parlimen…sejak hari-hari ni. Semacam takut je orang-orang kerajaan ni. Mungkin sebab takut tukar kerajaan atau sebagainya. Kita orang nak wat keje pun susah pasal keselamatan dah pelik-pelik dah sekarang. Aku pun naik ‘fed up’.

Hari ini pagi tak berapa panas sangat. Mungkin pasal takde isu yang menarik. Dah lah pejabat tingkat 14 ni penyaman udara tak ada. Agak-agaknya kena protes oleh parlimen pasal Pakatan Rakyat buat protes semalan…wakaka :D (tiru gelak dari rakan Abooain).

Berpeluh gak aku duk kat sini. Dah macam ikan masin jadinya. Apa pun ketika tengah menulis ini ada Ahli Parlimen BN yang berucap dan melakukan provokasi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang. Nampaknya parlimen mula panas macam tingkat 14 nie.

Buat rakan-rakan yang teringin nak pi parlimen. Datanglah sini. Aku akan jadikan diriku ini sebagai pemandu pelancong anda. Salam reformis.

Jul 06

Pagi-pagi ni aku telah merajinkan bangun pada hari Ahad ini untuk pergi ke Stadium Kelana Jaya bagi turut menambahkan bilangan 1 juta yang hadir untuk Protes Turunkan Harga Minyak. Cuma kali ini aku pergi dengan kedua orang tua.

Tengah-tengah perjalanan pula, tayar motorsikal aku pancit. Terpaksalah tukar dulu. Dan aku pun tak ssabar menahan pasal mungkin terlepas satu agenda gagasan yang besar berlaku di sana. Dah siap menukar tayar tu, perjalanan diteruskan. Namun, jalan taklah jem macam perhimpunan Bersih hari tu.

Continue reading »

Jul 05

Bagi sesetengah orang yang memaki perisian yang ditulis dengan Java kadangkala mendapat ralat ketika menggunakan OpenJDK bagi menggantikan Java dari pengeluar asal (Sun). Saya sendiri menghadapi masalah ketika menggunakan LimeWirePro dan membuka beberapa laman yang menggunakan Java.

Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menggunakan package Sun Java 6. Jadi ikuti langkah berikut.

Continue reading »

Jul 04

Petikan dari melayubuntu.com

Anda mungkin sudah bosan dengan gambar ini

Continue reading »